Pada 5 Oktober 1997, sekali lagi lakaran sejarah terukir apabila secara rasminya SK Padang Mengkuang telah beroperasi di lokasi yang sebenar terletak kira-kira 17 kilometer dari ibu negeri Terengganu iaitu Kuala Terangganu dan 24 kilometer dari Bandar Marang. SK Padang Mengkuang terletak di dalam daerah Marang dan sekolah ini adalah dikategorikan sebagai Sekolah Rendah Kategori Luar Bandar dengan memakai kod sekolah TBA4024 dan berada dalam kategori gred A.
![]() |
DAHULU |
![]() |
KINI |
Kini dalam menyediakan prasarana yang lengkap, bangunan baru yang serba lengkap dan canggih telah siap dibina dan mula beroperasi Januari 2004. Bangunan ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti perpustakaan serta bilik-bilik khas yang lebih canggih. Di bangunan baru ini, pihak sekolah ingin menjadikan sebagai sekolah pintar yang mempunyai sistem rangkaian yang lengkap.
Pada Mei 2009, SK Padang Mengkuang mempunyai keanggotaan yang terdiri daripada seramai 68 orang guru termasuk Guru Besar iaitu Encik Abdul Raki Bin Abdullah yang mula menerajui sekolah ini pada Mac 2009 dan 11 orang kakitangan serta pelajar seramai 894 orang yang menjadikan sekolah Gred A yang terbesar di Daerah Marang. Sekolah ini mempunyai keluasan kawasan kira-kira 4.846 hektar yang lengkap dengan persekitaran yang membudayakan ilmu yang cukup kondusif untuk segala bentuk aktiviti.