Wednesday, March 6, 2013

Majlis Penganugerahan Watikah Perlantikan Pengawas dan Pembimbing Rakan Sebaya


          Satu Majlis Penganugerahan Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah pun diadakan. Majlis dirasmikan oleh En. Mat Yusof Bin Mat Ali , pegawai PPD Marang, merangkap Pengerusi Persatuan Belia Terengganu. Diharap dengan perlantikan ini, para pengawas dapat membantu pihak guru dalam menjaga disiplin murid di SKPM. Tahniah diucapkan.

Sambutan Maulidur Rasul


       Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah bagi tahun 2013 telah pun diadakan. Perarakan rumah sukan sambil berselawat melalui kawasan perumahan telah mendapat perhatian ramai kerana para peserta berhias indah.

Kejohanan Merentas Desa 2013

 
           23 Januari 2013, Satu Kejohanan Merentas Desa telah pun berjaya diadakan. Kejohanan berjalan dengan lancar walaupun hari tersebut hujan renyai - renyai. Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya dan yang tidak berjaya mendapat sebarang tempat, banyak lagi permainan dan kejohanan yang akan diadakan. Tahniah diucapkan. 

Selamat Kembali Ke Sekolah

 
         
            Selamat kembali ke sekolah dan bermulalah sesi baru persekolahan bagi tahun 2013. Semoga tahun ini SKPM akan terus cemerlang dalam bidang akademik dan juga kokurikulum. Kepada semua murid dan juga guru, Selamat Tahun Baru dan moga tahun ini lebih hebat dari tahun yang lalu.. AYUH KITA USAHAKAN!